BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 30, 2010

SEGERA WUJUDKAN SPAD

KUALA LUMPUR 13 April - Persatuan pemandu teksi
dan pengusaha bas meminta kerajaan segera mewujudkan
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan
meletakkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
(LPKP) di bawahnya.

Persatuan itu juga menggesa kerajaan mempercepatkan
kewujudan SPAD yang dijangka ditubuhkan Julai ini
selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MeCD) dimansuhkan minggu lalu.

Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi,
Limousin dan Kereta Sewa Malaysia, Yusoff Lahir
melihat cadangan meletakkan LPKP di bawah bidang
kuasa Kementerian Pengangkutan tidak memberi
sebarang perubahan kepada agensi tersebut.
Tegasnya, peranan LPKP menyelia pengangkutan
awam negara ini dilihat sudah cukup 'kuat'
untuk berdiri sendiri di bawah sebuah suruhanjaya.
''Kita tidak lihat sebarang kelebihan seandainya
LPKP 'dicampak' ke Kementerian Pengangkutan.
Ia jelas akan mengubah banyak dasar yang sudah
dibuat dan menyusahkan pemandu teksi negara ini.
''Pemansuhan MeCD bukan bermakna LPKP boleh
ditolak ke mana-mana kementerian. Kita minta
LPKP diletakkan di bawah Jabatan Perdana
Menteri (JPM) sendiri jika betul mahu membela
nasib pemandu teksi,'' katanya kepada Utusan
Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Menteri Pengangkutan,
Datuk Seri Ong Tee Keat yang mahu LPKP diletakkan
di bawah kementeriannya.

LPKP yang bertanggungjawab dalam kelulusan
permit teksi dan pengangkutan awam di negara
ini, sebelum ini di bawah MeCD - satu-satunya
kementerian yang dimansuhkan dalam Kabinet
baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak Khamis lalu.

Sementara itu, SPAD pula merupakan cadangan
sebuah suruhanjaya yang dijangka ditubuhkan
tahun ini untuk menyelesaikan masalah struktur
penubuhan seperti peruntukan undang-udang dan
pencantuman agensi-agensi penguat kuasa.

SPAD juga merupakan gabungan semua agensi
iaitu dari segi pembangunan, penyelenggaraan
perkhidmatan dan penguatkuasaan pengangkutan
awam darat di negara ini yang dijangka
menyelesaikan masalah pelbagai agensi di bawah
pelbagai kementerian yang menguruskan
pengangkutan awam.

Mengulas lanjut, Yusoff berkata, kerajaan
seharusnya segera membuat keputusan dan tidak
meletakkan LPKP sendiri di dalam keadaan
yang disifatkan 'tersepit'.

''Kita tidak mahu akibatnya kelak orang ramai
pula yang membuat tuduhan keterlaluan terhadap
pemandu teksi di negara ini. Ini sekali gus
boleh menjejaskan mata pencarian dan hanya
menyusahkan banyak pihak.

''Kita bantah sepenuhnya dengan cadangan itu
dan mengingatkan kerajaan tidak membuka
peluang kepada pembangkang untuk mengambil
kesempatan terhadap 'masalah' ini,'' ujarnya.

Mengulas isu yang sama, Presiden Persatuan
Pemandu Teksi Lembah Klang, Datuk Aslah
Abdullah meminta kerajaan tidak mempolitikkan
isu LPKP dan segera merancang masa depan
untuk agensi itu.

Jelasnya, kelewatan penubuhan SPAD dan menentukan
nasib LPKP bakal mengakibatkan kepercayaan
pemandu teksi terhadap sistem pentadbiran
kerajaan menurun.

''Jangan jadikan LPKP isu politik. Kita mencari
rezeki dan kelewatan menjadikan pemandu teksi
merasa seolah-olah tidak penting lagi di dalam
sistem pengangkutan awam,'' ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengusaha
Bas Sekolah Malaysia, Chee Ah Tey merayu
kerajaan segera mempercepatkan penubuhan
SPAD yang disifatkan sudah lama tertangguh.

''Penubuhan suruhanjaya seperti ini akan
menyenangkan hati masyarakat sekali gus
menjadikan satu sistem yang lebih tersusun
kepada semua pengusaha bas.

''Kita tidak mahu dasar LPKP digubal semula
dan dipinda. Ia sebuah agensi yang tersusun
dan kita tahu pelbagai perancangan sudah
dilakukan untuk tahun-tahun akan datang,''
jelasnya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai
Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia
(KPPJSM), Hamzah Masri berkata, keputusan
meletakkan LPKP di bawah Kementerian
Pengangkutan disifatkan sangat bijak.

Jelasnya, penguatkuasaan LPKP akan tersusun
di bawah 'satu bumbung' dan masalah tuding
menuding jari jelas tidak berlaku lagi.
''Ia cadangan bijak dan menjadi sangat
baik kalau dilaksanakan. Ini menjamin
sistem kawalan tersusun dan pentadbiran
yang tidak bercelaru,'' katanya.

Sumber: Utusan Malaysia (14/4/09)

SPAD

DALAM NEGERI

ARKIB : 22/01/2010

Serap LPKP dalam SPAD berkuat kuasa 1 Jun – Nazri Aziz
PUTRAJAYA 21 Jan. – Lembaga Perlesenan Kenderaan
Perdagangan (LPKP) akan diserapkan ke dalam Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa 1 Jun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri
Aziz berkata, langkah itu kini pada tahap meneliti
draf undang-undang yang dijangka dibentangkan kepada
Jemaah Menteri sebagai memorandum bulan depan.
Beliau berkata, susulan itu, rang undang-undang
berkenaan dijangka dibentangkan pada sesi Dewan
rakyat akan datang.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu
SPAD diwujudkan 1 Jun ini, jadi apabila ia mula
diwujudkan sekali gus menyaksikan LPKP Semenanjung
dibubarkan.
‘‘Dengan itu, semua pengangkutan awam darat akan
disatukan di bawah SPAD yang diletakkan di bawah
Jabatan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita
selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan
amanat tahun baru kepada warga LPKP di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi LPKP Semenanjung, Datuk Halimah
Mohamed Sadique, Pengerusi LPKP Sarawak,
Hasbi Habibollah dan Pengarah LPKP Semenanjung,
Datin Naimah Ramli.

Pada pembentangan Bajet 2010, Perdana Menteri
mengumumkan SPAD akan menjadi pihak berkuasa
tunggal untuk mengawasi dan menguatkuasakan
piawaian perkhidmatan dalam menyediakan
rancangan jangka panjang pengangkutan awam.
Sementara itu, Nazri berkata, dasar dan
peraturan di dalam akta sedia ada yang dianggap
lapuk akan dipinda bagi memastikan peranan LPKP
sentiasa relevan dengan tuntutan semasa.

Kata beliau, langkah tersebut termasuk mengenakan
hukuman setimpal kepada pemandu pengangkutan awam
yang melakukan kesalahan seperti mengenakan denda
maksimum sebanyak RM500,000‘‘Niat di hati saya
mahu mengenakan denda kepada syarikat yang
berkenaan dengan satu jumlah yang bukan sahaja
tinggi tetapi juga sebagai satu hukuman.

‘‘Denda RM500,000 dianggap memadai berbanding
sebanyak RM300 sedia ada yang tidak lagi relevan,”
katanya.Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata,
Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar
atau SHE akan diwajibkan supaya mutu pengangkutan
awam lebih efisien.

Sunday, June 27, 2010

Kaunter Kuantan


On my way...

Saturday, June 19, 2010

Kisah bas..





Macam-macam bentuk ada..




































Tuesday, June 8, 2010

Bus Stop kreatif laa..