BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 30, 2010

SPAD

DALAM NEGERI

ARKIB : 22/01/2010

Serap LPKP dalam SPAD berkuat kuasa 1 Jun – Nazri Aziz
PUTRAJAYA 21 Jan. – Lembaga Perlesenan Kenderaan
Perdagangan (LPKP) akan diserapkan ke dalam Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa 1 Jun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri
Aziz berkata, langkah itu kini pada tahap meneliti
draf undang-undang yang dijangka dibentangkan kepada
Jemaah Menteri sebagai memorandum bulan depan.
Beliau berkata, susulan itu, rang undang-undang
berkenaan dijangka dibentangkan pada sesi Dewan
rakyat akan datang.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu
SPAD diwujudkan 1 Jun ini, jadi apabila ia mula
diwujudkan sekali gus menyaksikan LPKP Semenanjung
dibubarkan.
‘‘Dengan itu, semua pengangkutan awam darat akan
disatukan di bawah SPAD yang diletakkan di bawah
Jabatan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita
selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan
amanat tahun baru kepada warga LPKP di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi LPKP Semenanjung, Datuk Halimah
Mohamed Sadique, Pengerusi LPKP Sarawak,
Hasbi Habibollah dan Pengarah LPKP Semenanjung,
Datin Naimah Ramli.

Pada pembentangan Bajet 2010, Perdana Menteri
mengumumkan SPAD akan menjadi pihak berkuasa
tunggal untuk mengawasi dan menguatkuasakan
piawaian perkhidmatan dalam menyediakan
rancangan jangka panjang pengangkutan awam.
Sementara itu, Nazri berkata, dasar dan
peraturan di dalam akta sedia ada yang dianggap
lapuk akan dipinda bagi memastikan peranan LPKP
sentiasa relevan dengan tuntutan semasa.

Kata beliau, langkah tersebut termasuk mengenakan
hukuman setimpal kepada pemandu pengangkutan awam
yang melakukan kesalahan seperti mengenakan denda
maksimum sebanyak RM500,000‘‘Niat di hati saya
mahu mengenakan denda kepada syarikat yang
berkenaan dengan satu jumlah yang bukan sahaja
tinggi tetapi juga sebagai satu hukuman.

‘‘Denda RM500,000 dianggap memadai berbanding
sebanyak RM300 sedia ada yang tidak lagi relevan,”
katanya.Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata,
Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar
atau SHE akan diwajibkan supaya mutu pengangkutan
awam lebih efisien.

0 komen: